PENAMBAHAN MODAL SYER ANGGOTA

Assalamualaikum,

Semua anggota keperasi Kohilal,

Mesyuarat ALK Bil 7/2012 mencadangkan agar sebahagian besar  anggota KOHILALyang masih belum mencukupkan jumlah saham syer sebanyak RM500.00 agar berbuat demikian dalam tahun 2012.  Cadangan ini diputuskan untuk menggerakkan koperasi dengan lebih pantas bagi mencapai sasaran perancangan strategik sehingga 2015.

Sehingga ini pihak pejabat Kohilal telah mengenal pasti seramai 9,400 anggota daripada 20,000 anggota telah cukup jumlah saham syer. Oleh itu, Angota Lembaga  Kohilal sangat berharap agar anggota yang masih belum mencukupkan saham syer masing-masing agar mula mencarum bagi menambahkan modal pusingan koperasi kohilal.

Sekian, wassalam.

Setiausaha